Huruf Besar
Penggunaan
|
Contoh ayat
|
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
|
a) Rumah itu di atas bukit.
b) Persembahan itu belum tamat.
|
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
|
a) “Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b) Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
|
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah.
|
a) Yang Maha Pengasih,
b) Ampunilah hamba-mu.
c) Semoga Engkau menerima doa kami.
|
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang.
|
a) Haji Abdul Ghabur
b) Nabi Muhamad S.A.W
|
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang.
|
a) Profesor Ahmad Hashim
b) Sarjan Major Kamarudin, Tengku Iskandar
|
f) digunakan di awal nama khas
|
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
|
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa.
|
a) bangsa Melayu
b) orang Minangkabau
|
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
|
a) Lembaga Urusan Tabung Haji
b) Dewan Bahasa dan Pustaka
c) Semenajung Tanah Melayu
|
No comments:
Post a Comment