Wednesday, November 14, 2012

Ringkasan Tanda Baca

Ringkasan Tanda Baca


Tanda Baca
Ringkasan
Contoh ayat
Huruf Besar

1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
4. Digunakan selepas tanda seruan. 
a. Ibu memasak nasi.
b. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu sudah terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .)
1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan.
a. Dia baru pulang dari sekolah.
a. Kami melawat R.T.M.
a. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh Sultan Terengganu.
Tanda koma ( , )
1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
2. Digunakan selepas kata seruan.
3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
4. Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat.
a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku kuning itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,” pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
Tanda Tanya atau soal
( ? )
Digunakan untuk menamatkan ayat soal.
Pukul berapa dia pergi ke sana ?
Tanda Seruan ( ! )

Digunakan di hujung ayat-ayat seruan.
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )

1. Digunakan untuk menulis kata ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an.
a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau,   kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika,   Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke - 5.
a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun   60-an.
Tanda Noktah Bertindih ( : )

1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat.
a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
b. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?
Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; )

1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
a. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
b. Kami semua lulus dalam ujian matematik ;   Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
a. Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik
 ( “ “ )
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.”

No comments:

Post a Comment